Rindu yang tak kesampaian

  • Nak iftar tadi, Asyalin cakap “it’s nenek’s birthday today😍”. Ingat pulak tu.
  • 22 Feb tahun lepas (2025) mak sambut hari lahir ke 81.
14/12/24. Wedding anak sedara (cucu lelaki mak).
  • Masa tu dia dah lemah sangat. Tidur aje, dah tak makan, cuma masuk susu ikut tiub hidung.
  • Sebelum2 tu aku pernah tanya mak, rindu tak pada bapanya (Hj Ketot).
  • Mak kata, ye rindu. Tapi kalau rindu orang hidup, kau masih boleh telefon, tulis surat. Boleh berhubung.
  • Rindu pada yang mati ini, tak tau nak ke mana. Tak boleh nak buat apa. Jem.
9/9/24. Main doktor2 kat KK Tengkera. Lepas u naik ambulans admitted GH 🙂
  • Adik beradik mak 8 orang; sekarang yang tinggal 5. Itulah tempat kami menumpang kasih, merasa lauk masak rumah, dengar kisah2 lama.
  • Sepupu aku ramai, tak usah cerita. Meriah duduk minum kopi bila berhimpun.
  • Ada kawan mak dari zaman kerja polis pun kami masih berhubung. Sesekali dapat melawat, layan sesi air mata dulu.
  • Mak aku ni boleh tahan garang. Sepupu aku panggil “Champion”:)
  • Tapi di hujung hayat, dia banyak mellow down.
  • Ada sepupunya di Klebang Kecil meninggal. Dia kata, “Nilah yang tidur sebantal, main sama2 dulu. Gaduh macamana pun, mesti berbaik balik”.
16/7/24. Selepas melawat jenazah di Klebang.
  • Masa aku ada isu dengan bisnes partner aku, dia yang beria suruh berbaik. Walhal aku rasa kalau dia sendiri, memang tak nak kalah:)
  • Dia teringat sepupu dia kat Sabah; katanya kalau ada rezeki ke sana, cari lah pak sedara tu.
  • Dia dengar cerita orang gaduh anak beranak/adik beradik, dia kata “mana lah ada orang benci anak sampai macam tu”
  • Dah setahun berlalu, macam2 kisah ada. Aku azam ambil yang baik2 sahaja.
19/4/24. Mak check out IKN Putrajaya, aku nak gi check-in balik Perth.
  • Tadi (Ahad 22/2) lepas Subuh tidur, pun ada mimpi jumpa dia & adiknya (Mak Lang). Kami ke Kuala Kangsar melawat bapa angkat aku, Pakcik Yahya. Pun telah dijemputNya Sept 2025.
  • Ada tourist hartawan aku kenal masa 2017 kata :
    • “Kamarul, kita ni kaya macamana pun, paling kuat pun nak pergi tempat sama je – London lah, New York lah, Paris lah etc. Berpusing situ je.
    • Jarang kita dengar orang nak pergi Uganda ke, Nigeria ke (negara2 Afrika).
    • Syurga lah target kita sebaik2 nya.”
  • Aku suka dan aku pegang ayat2 tu insyaAllah.
  • Moga Ramadan ini lebih baik buat kita dan dihimpunkan semula dalam syurga Firdhausnya. Ameen.

Until then, stay hungry, stay grateful.

Leave a comment