Jahara Ketot

21 Feb – Mak dan Abg Aa agaknya tengah bincang barang nak dibawa dari Melaka.
24 Feb – Pak Samad, besan dari Hulu Langat datang melawat.

29 Feb 2024 Masuk magnesium. Setakat pembacaan saya yang tak belajar Medic ni, ia untuk kesihatan jantung mak.

2 Mac 2024 Sabtu Sempat call, berbual dengan mak. Suara sedikit lemah, baru bangun tidur agaknya. Tapi Abg kata ada demam sikit.

2 Mac Sabtu. Adik beradik perempuan datang melawat. Kanan Busu, Kiri Mokteh, Depan MakLang.
4 Mac 2024. Adik lelaki mak (Pak Itam dan Mak Itam) datang menjenguk.

7 Mac 2024 Khamis
Mak dah discaj dari IKN. Abang Aa datang dari Batu Pahat pickup.
Aku dah lost track berapa kali dia ulang alik BP-Putrajaya dalam 2 minggu ni.
Tup-tup dia hadir – macam DragonBall ada Hikmat Pergerakan Sejenak.

Dah beberapa hari berbual dengan mak, nampak stabil dan sihat.
Kekadang aku berseloroh “Pipi mak dah labuh ni!” 😀
Nak kata dia nampak berisi sikit dari last jumpa tengah Feb.

Sekarang dalam perjalanan balik Melaka.

7 Mac 24. 325pm. Seremban. On way ke Melaka.

16 April 2024 Selasa
Minggu lepas Hari Raya Aidilfitri (10 April 2024).
Hari ini aku pertama kali bawa mak sendiri ke IKN Putrajaya untuk check-up. Biasanya Abang A-a yang akan berkejar dari Batu Pahat. Harapnya dapat dia rehat.

Dah standby baju, kalau2 kena tahan wad. Memang betul lah, kena tahan wad sebab result hati (liver) tak cantik. Ada jaundice/kuning. “Makcik, cuba tengok atas” kata doktor. Barulah aku perasan bola mata mak kekuningan.

Masuk Wad 7 (dulunya Wad 9). Bilik makeshift je ni, sebab ada bench dan komputer kat tepi dinding, ada doktor 2 orang sibuk buat report. Kat hujung bilik tu ada satu katil tambahan. Aku ok je, tapi mak dah risau macam2. Paling stress buat dia sebab kena jalan ke bilik sebelah kalau nak ke toilet.

Aku dah risau. Hari ni Selasa, esok Rabu malam flight balik Perth. Abang Aa Khamis baru boleh datang. Ni karang duduk sorang, lagi stress mak aku ni. Dah lah blood pressure dia 180.

Cek online, ada tiket harga waras kalau aku pospon ke Jumaat. Cek dengan bos, dia ok untuk aku extend cuti. Cek dengan Shakira, reply biasa dia “Takkan saya kata tak boleh pulak?” #isterikirimansyurga

Makanya dapatlah pospon balik. Alhamdulillah, abang pun tak terkejar2 nak kena datang. Mak pun ada orang boleh temankan berbual. Komplen pulak tu makanan tak cukup pedas, so setiap tengahari aku belikan sambal belacan kat kafe bawah, buat penyedap. (Nota – masa mak masuk wad bulan Feb, banyak ulser dalam mulut, tu yang takleh makan pedas. Ni dah sihat, eksen pulak mintak benda pedas.

18 April 2024 Khamis
Petang Abg Aa tiba dari Batu Pahat. Kebetulan Pengarah IKN pun melawat kawasan – dimaklumkan rawatan lepas ni ialah radioterapi, sebab mak dah cuba 2 jenis pil anti-kanser, kurang sesuai. Side effect teruk sangat (muntah, cirit birit, hilang selera makan etc).

Aiskrim KitKat si Ima ni belikan mak aku. Aku tengok part coklat tengah tu dia takleh gigit 😀

19 April 2024 Jumaat

Sepupu datang melawat.

Lepas solat Jumaat, checkout. Mak & abang dropoff aku kat KLIA.

23 April 2024 Selasa
Pagi – IKN call, minta datang hari ni pukul 3pm. Kelakar seram juga – abang gagahkan dari BP, ke Melaka, ke Putrajaya. Yelah, ada slot kosong untuk rawatan, kita pun kenalah usaha.

2 Mei 2024 Khamis
Rawatan radioterapi kena buat 10 kali. Setiap hari tidak termasuk hujung minggu. Semalam cuti Hari Buruh; Isnin-Selasa pun takde rawatan sebab maintenance machine.
Hari ini hari ke 5 rawatan. Aku tanya mak minggu lepas, ada rasa tak selesa ke, dia kata takde. Ok je. InsyaAllah moga rawatan berhasil.

TERKINI 9 Mei 2024 Khamis
Kalau ikutkan, hari ini hari terakhir rawatan radioterapi. Mak ada demam sedikit weekend lepas, sekarang dah ok.
Kelmarin dikesan ada jangkitan kuman dalam darah.

Malam tadi berbual, mak sekarang dalam kuarantin, duduk bilik seorang. Ada masuk drip antibiotik.
Pelawat dicadangkan pakai mask dan cuci tangan sebelum dan selepas; dikhuatiri menjangkiti orang lain.

2 responses to “Jahara Ketot”

  1. Stay strong Abang Azrin… Semoga Mama Jo terus kuat dan kembali dikurniakan kesembuhan. Mama Jo insan baik, insya Allah ramai mendoakan. Semoga Allah merahmati seluruh keluarga dan dikurniakan perkara yang baik-baik, insya Allah.

    Like

    1. Ameen terima kasih. Moga ALlah beri kesihatan yang baik juga buat Rafie dan keluarga.

      Like

Leave a comment